Monday, April 25, 2011

I'm a KPOP Fanatic, Be Cautious. **smirk**

If you want to know what is this all about, read this and this.

Done reading?

So, as one of the kpop lovers, here are my views about this whole things.

**********************************************************************************

Those in italic are the segments from the article. Those in bold are my views

1) “bukan saja boleh menjejaskan pertumbuhan kreatif dan hiburan Negara malah dikhuatiri turut menyebar pengaruh negatif kepada rakyat terutama remaja termasuk bunuh diri jika sudah terlampau obsess”

Ada ke kes bunuh diri remaja Malaysia disebabkan Kpop selama ni? Pengaruh negatif? Tak payah nak tunggu pengaruh Kpop pun. Pengaruh yang sedia ada kat Malaysia sekarang ni pun(in this term, from local artist), dah cukup banyak.

2) “meskipun kajian menunjukkan industry hiburan Negara kita mengalami pertumbuhan pada skala 13 peratus berbanding Sembilan peratus pada 2009, kegilaan terhadap artis Asia Timur masih di atas dan mungkin menjejaskan sasaran industry tempatan mencapai RM3.8 billion menjelang 2015 jika ia tidak ditangani dengan serius”

Ditangani dengan serius? They don’t have to. Kpop has always been part of music genre. All they need to do is buat research balik why most rakyat Malaysia (especially teenagers) tak ikut sangat kat local entertainment. Rather than bashing, why not put Kpop as the measurement to keep improving. I think that’s better.

3) “Kpop digilai remaja kita keran ketidakupayaan artis tempatan menempatkan diri sebagai ikon cemerlang dalam karya yang dipaparkan. Kehebatan artis Korea katanya, bukan saja dari aspek fizikal sempurna tetapi menawarkan kandungan sikap dan identity bersandarkan tiga cirri, iaitu ethos(pembawaan karakter), pathos(pembawaan emosi) dan logos(pembawaan nilai)"

Baguslah kalau tahu kenapa. No offense to what I’m going to say here. Artis Korea, they took at least 2 years jadi trainees before debut as artist. Takyah cakap la apa yg berlaku within that time. Here? Dekat sini, lepas 3 bulan je dah boleh jadi artis etc etc. The things is, dekat sana pentingkan kualiti. Dekat sini obviously pentingkan kualiti. (Seriously, I memang tanak compare, tapi yang this one, memang terpaksa).

4) “Momokan kutipan filem sehingga jutaan ringgit tidak selari dengan kualiti karya malah artis kita masih lemah dari aspek intelektual dan profesionalisme serta belum lengkap dalam memenuhi cita rasa, sikap dan identity yang diperlukan masyarakat”

So, this one more on TV Show, drama, filem la kan. First of all, ada tak pernah tengok drama korea yang klise, streotaip? Tgk Variety Show pulak. Let me list out here, (ni yang mana I love to watch) Running Man, Oh! My School, Strong Heart, and banyak lagi la, variety show semua banyak melibatkan artis mereka yang sangat sporting, tak cover-cover langsung. Kalau kena buat kerja kotor pun, diorg sporting abis la. Lagi satu, ini lari sikitla dari statement di atas, dekat Korea nun jauh di sana tu, ada 4 main music show untuk tujuan promosi, M!Net Countdown, MusicBank, MusicCore and Inkigayo, semua ni lain-lain channel tau. Nak cakapnya sekarang, media negara kita sendiri pun kurang promosi untuk artis-artis Malaysia kan? Kita ada Muzik-Muzik je. Itupun dekat TV3 je. Habis tu, channel lain? Sekarang fikir balik kenapa industri kita tak naik-naik lagi.

5) “terlampau obsess kepada artis boleh membawa pengaruh keganasan dan bunuh diri kerana artis Korea antara yang gemar bertindak radikal seperti itu, termasuk kes terbaru membabitkan Winter Sonata, Park Yong-Ha yang menggantung diri.”

Ini dah faktor lain ok. Malas nak sentuh agama je. Habis tu, artis Malaysia yang duk hisap dadah bagai tu, tak bagi pengaruh buruk ke??

6) “Pengaruh hiburan Korea juga boleh menjadi punca keganasan jika akhbar ini tahun lalu mengenai gadis 15 tahun mendakwa dirogol rakan bapanya selepas dia diumpan lelaki itu yang menawarkannya menonton filem terbaru Korea.

Serious nak gelak dengan statement ni. Weih, bukan ke ada banyak lagi kes rogol lain yang lebih kurang macam ni. Ala, yang kes kena umpan-umpan ni la. Kenapa perlu fokus kat Kpop je? Malas nak cakap panjang pasal ni, kesian kat budak tu pulak.

7) “Selain itu, katanya promosi yang berlebihan mengenai artis Korea juga boleh mempengaruhi peminat kearah pengaruh negative seperti pembaziran apabila berbelanja tanpa had bagi mendapatkan koleksi berkaitan artis kesukaan, pergaulan bebas serta cara pemakaian kurang sopan”

Berbelanja tanpa had : This one, I admit, I did. I spend 400++ to attend Super Junior SS3 Concert. I did spend my money on Super Junior’s album. Tapi, this one is general la. I think ini berlaku bukan terhadap fanatic kpop je. Tanya la plak peminat Bieber? Takkan diorg minat Bieber, diorg tak spend duit diorg kat Bieber kan? Tak pun, senang-senang, Tanya fanatik Faizal Tahir,fanatik Siti Nurhaliza, rasanya diorg pun berhabis duit gak kot. Lagi, kami guna duit sendiri. Tanya la my parents, ada I mintak duit diorg?

Pergaulan bebas: First, kitorg kpoppers ni, paling teruk pun pergi meet-up and konsert je. Itupun konsert kpop kat Malaysia ni yang besar-besar pun setakat konsert Super Junior je. Negara asia lain, siap ada Kpop festival bagai. Lagi satu, most of us is fangirl. So, kitorg lepak-lepak pun sesama perempuan je. Adakah pergaulan antara perempuan and perempuan dianggap pergaulan bebas? Fikirkanlah. Kalau dah kami ni fangirl, maknanya most of our fave groups are from boy’s groups, jadi perasaan kami tetap pada kaum lelaki. Takkan nak kata kami bergaul sesama perempuan ni lesbo kan?

Pemakaian kurang sopan: Kalau nak kata artis kpop bawa pengaruh pemakaian, rasanya tak payah nak tunggu diorgla. Jauh sangat. Depan mata kat Malaysia ni, artis-artis Malaysia(bukan semua) tak kira muda ke tua (yang ni memang tak ingat mati) duk tayang asset-aset diorg sana-sana sini. Yang artis kpop ni sah-sahla bukan Islam, so lantak diorg la. Yang artis-artis kita ni majoriti agama Islam, so faham-fahamlah. Lagi satu, kenapa perlu aim kat kpop pasal ni? Kenapa takde artikel 2 pages pasal Lady Gaga tentang pemakaian dia. I think Lady Gaga bawa pengaruh besar jugak. Tul tak?

***********************************************************************************




Overall from the artikel, it’s like the writer’s want to say that we all kpoppers are BRAINLESS, tak tahu nak bezakan mana yang baik or mana yang buruk. HELL to the NO ok. Kami kpoppers educated. Tahu semua bezakan mana baik and mana buruk. 



My conclusion, all those things said in the article is actually happen everywhere, regardless on fanatic itu ke, fanatik ini ke. Kalau kau fanatik Bieber pun jadi gini gak, kalau kau fanatik Gaga pun sama je effect dia, tapi kenapa perlu spesifik aim kat Kpop? Sebab kpop ni Asia ke? Tak berani nak sentuh Hollywood? Waegure?
 

Aku leh gak cakap korea sikit-sikit sebab aku belajar sebab aku suka dengar lagu kpop and tgk kdrama. Ko boleh?

Lain kali, jangan nak aim benda buruk je pasal sesuatu perkara tu. Fikir jugak pasal benda baik-baik sebab kadang-kadang benda baik ni can exceed benda-benda buruk ni .

(cr: onlyhae.com)
He is my ultimate kpop bias - Lee Donghae
~commit suicide dies~~ #sarcasm

4 comments:

pinat said...

hey!i like ur statement!!haih.mcm2..ingt kite ni brainless sgt ke nak wat menda2 gitu.??mcm kpop ni teruk.

Miss Healerzz said...

Nice post!!! Yeah, I do think they are lacking of issue to put on their so called exclusive article and so it resulted to this (tangan ke bahu)

tqah.y said...

Bab pakaian kurang sopan tu, artis Malaysia pun sama. Lepas ni kita tengok diorang nak buat @ tak artikel pasal artis baru yang nak tiru ala2 artis Korea: 24/7 & Gula-Gula. Mana tau kot2 ada orang fanatik dengan 2 kumpulan ni pastu terus bunuh diri.

Kontroversi je lebih BH ni. Nak suruh orang beli akhbar dia lah kot. ;)

Unknown said...

oh dear, kumpulan Gula-Gula tu bajet kaki cantik mcm SNSD. pakai skirt pendek. if kaki mcm SNSD takpela gak. pfft. kumpulan 24/7 tu sorg tu ada nama Taemin bajet nak kiut macam SHINee Taemin la. pffttt......!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...